4 TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA. 1.HIGHLAND TOWER Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan yang sangat menggemparkan satu ketika dulu. Tragedi nahas yang meragut 48 nyawa ni bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam. 2.LEBUH RAYA KARAK Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya